Saturday, 8 September 2012

Saudara Baru :)



Salam sejahtera buat semua pembaca *bajet retiss*
Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

dan




Tajuk saya mudah, dengan sekali baca rasanya dah dapat bayangkan blog post ini berupa apa. Tapi jangan risau, tidak timbul sebarang racism disini, cuma saya ingin mengetengahkan suatu kejadian yg sgt baru & saya rasa wajar utk dikongsi sbg pengajaran kpd semua lapisan masyarakat terutama sekali utk saudara se-Islam saya :)

Baru beberapa hari lepas saya menaiki bas utk pulang drpd UiTM Shah Alam atas sebab urusan penting bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kelak. Saya menaiki bas berkenaan serentak dgn seorang lelaki yg dipercayai berbangsa India. Sepanjang perjalanan saya duduk berhampiran dgn beliau tetapi tidak bersebelahan, maka hampir kesemua perbualan beliau dgn kawan disebelah beliau dpt didengari.

Isi perbualan tak dpt nak saya nyatakan disini kerana takut tersilap dgr dan kesahihan cerita pula bukanlah dlm pengetahuan saya, tapi apa yg dpt saya simpulkan, beliau merupakan seorang saudara baru dan telah melalui peristiwa penindasan yg mana sgt menyedihkan. Sudah terang lagi bersuluh terdapat kebebasan beragama di negara tanah tumpah darah kita ini, Malaysia, jadi bagaimanakah boleh timbul isu ini dlm pada negara kita sudah merdeka selama 55 tahun? Merdekakah saudara baru kita ini?

Kalau di negara lain terdapat penghapusan terhadap sesuatu bangsa/kaum, kenapa perlu negara ini mengorak langkah yg sama seolah-olah sifat perikemanusiaan itu adalah satu pilihan?

Ayuh kita renungkan..



29 Ogos 2012


No comments:

Post a Comment