Wednesday 15 June 2011

UiTM Puncak Alam : Bahang Kupon Aktiviti

see that, those are the pengamal Silat Cekak 

penuh sampai tak ada ruang untuk duduk

Pada 8 Jun di Kompleks Kemudahan Pelajar Angsana diadakan 1 taklimat pernerangan tentang Silat Cekak bagi menarik perhatian ahli baru. Tetapi kebanyakan penyertaan malam itu semata-mata untuk mendapatkan kupon aktiviti. Peserta yang hadir memenuhi ruang Dewan Serbaguna  yang serba kecil ini masih memberikan perhatian tetapi tumpuan utama malam itu ialah kupon aktiviti.

Apa itu Kupon Aktiviti?

Di peringkat asasi, kami tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang ketat tetapi masih perlu bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti yang disediakan di UiTM. Setiap aktiviti yang disertai akan diberikan kupon. Itulah kupon aktiviti.

Bagaimana untuk memastikan keterlibatan ini?

Demi mengisi borang UPU untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum masih dititikberatkan. Dalam erti kata lain, kriteria seorang yang aktif perlu ada pada anda untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Anda akan diberikan kad aktiviti (kalau tak silap) dan kad tersebut perlu diisi dengan kupon-kupon yang telah anda kumpul.

Apakah fungsi kupon aktiviti?

Setiap kupon akan memberi anda markah. Bagi mendapatkan markah penuh untuk kokurikulum, anda perlu mendapatkan 8 kupon aktiviti.



Selamat Beraktiviti..huhu.

No comments:

Post a Comment