Monday, 29 August 2011

KL dan Raya


Today's post is about my journey back to Kuala Lumpur. Gambar di atas ini merupakan KL Sentral pada pukul 6.30pm(kalau tak silap). Tren sebelah sana menghala ke arah Seremban. Packed with people baliking kampung.




Walaupun dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Kemerdekaan negara tetap disambut meriah. Seluruh pelusuk KL Sentral penuh dengan Jalur Gemilang. Proud to be Malaysian. Inilah yang kita mahu. Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, hari yang bersejarah dan penuh erti ini tidak dilupakan. Bangga aku menjadi anak Malaysia.


Kalau tak silap barisan panjang ini sedang menunggu giliran untuk menaiki bas. Semangat nak balik kampung. Hati-hati di jalan raya(haha3, as if dyorg boleh dengar aku cakap je).


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
:)

Saturday, 20 August 2011

Flashback!

Hari ini : 20 Ramadhan 1432H

haha3. Tiba-tiba terkenang aku dengan Imran membeli nasi goreng, malam sebelum hari pertama puasa menjelma(ceyh). Eh, yeke sebelum puasa? Tapi rasanya beberapa hari nak dekat puasa la. This is actually our dinner. Nak dijadikan cerita, suatu malam yang hening diselubungi kebuluran yang maha dahsyat, aku & Imran ke KKPR(Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia). Nak buat apa? Kacau dodol la. =.='

     Niat asal sejak azali adalah nak beli makanan. Punyalah tengah buntu jalan jam, tak tahu nak makan apa, akhirnya aku pun membuat keputusan antara hidup dan mati, "Nasi goreng cendawan satu." Si Imran pula teringin tergedik terorder "Sama, nasi goreng cina bang." =.=? (tak hengat la plak dia beli ape)

     Sesampai sahaja di rumah, "owh shoot!" beruk pon tak pernah terkejut macam ni. Nasi goreng daging? "Oh, well, Imran punya kot." Fuh, tersalah tag ni. Imran tiba daripada bilik air. Buat apa? Goreng ikan bilis la. =.='

"Erkk, ni nasi goreng siapa?" -Imran

From left: Imran, myself and two identical Nasi Goreng

Ok, I am totally (spies) frustrated. Baru teringat nak melepas kempunan (ibu mengandung) makan nasi goreng cendawan. Dua-dua nasi goreng sama. Dah tu, tak ikut pesanan pelanggan. Tapi kamik makan aja. Bersyukurlah dengan apa yang ada sebab sesetengah orang tu nak makan nasi pun belum tentu dapat. Alhamdulillah.
The simple moral value would be stop nagging about your life just because you had something less than a friend of yours. He or she may be richer or smarter, but that doesn't count to Allah. What really matters would be is your own life, how you use it and what did you do with it. My point was, be grateful.

Thursday, 18 August 2011

D6 : Lab Physics

Physics Hooke's Law thermodynamics temperature pressure static equilibrium buoyancy sound momentum torque centripetal Newton velocity motion fluids density work pendulum heat superposition wave doppler effect oscillation energy

Nur Khaizan
kalau dah nama pun asasi sains, antara pengisian subjek mestilah berkaitan dengan sains. Oleh itu, entry ini berkisarkan subjek physics, sesi makmal. Gambar diatas ini merupakan lab instructor kami bernama kat atas tu haa, tak kan tak boleh baca sendiri. haha3. Nur Khaizan namanya. Seorang yang happening and superb. Terbaik. Sangat peramah dan pemurah dengan senyuman. Gila-gila tu dah biasa sangat dalam kelas. huhu!

Macam-macam gaya serta cara dapat dilihat kalau anda pun berada di tempat yang sama. Setiap sesi makmal pasti akan ada perkara baru yang dipelajari. Konfem2 best n gilo. Nak2 plak Miss Khaizan ni slal0o ade cerite baru yg nk dismpaikan. Sme mcm dalam kelas tutorial, 2 jam sebelum lab session.

      Gambar disebelah ni group Hertina tahir, Hasmila dan Azimah. Tinggal bertiga je nak buat eksperimen gara-gara ahli kumpulan yang lain telahpun berhijrah ke institusi lain. Tak apalah, yang penting kita sama-sama belajar. Ahli kumpulan tak ada tak apa, ahli D6 tak ada itu yang haru. huhu!

Budak laki kalau dapat buat eksperimen memang hantu. Almaklum, bukan banyak main tapi apabila sesuatu yang praktikal, fakta mengatakan lelaki lebih cenderung untuk lakukan dengan minat. Oleh itu, inilah hasilnya. Kalau orang kata pelajar wanita lebih ramai di universiti, hakikatnya ramai pula kaum lelaki di bengkel-bengkel yang banyak membantu dalam bidang yang lebih praktikal. Fairlah kan? Kalau para wanita dipuji dengan kepandaian serta kebijaksanaan, apalah salahnya para lelaki diberi penghargaan atas kepakaran mereka. Tak gitu? huhu!
Usah dilaga kaum lelaki dan perempuan. Sesungguynya mereka saling melengkapi. Tidak perlu dibanding-bandingkan kerana pada penghujungnya, masing-masing saling memerlukan.