Monday, 21 May 2012

Sekadar Pendapat: Pertembungan yang Tiada Hasil




Salam sejahtera kepada semua :)

Terserempak dengan satu post di laman Facebook mengenai pendebatan yang bakal dilangsungkan malah ditayangkan di kaca tv menimbulkan seribu satu perasaan. Wajar ataupun tidak, nampaknya pada abad ini segalanya bergantung kepada logik akal penonton itu sendiri.


Menyentuh mengenai post tersebut, isu yang dibangkitkan ialah PTPTN yang mana isu ini tiba-tiba hangat dalam tempoh terdekat ini. Sesetengah pihak mengatakan ini mungkin permainan politik bagi menarik minat pengundi bagi pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Atau mungkin para siswazah sudah buntu bagi melunaskan bayaran PTPTN mereka yang sepatutnya telah mereka persetujui untuk membayarnya kembali.

Pada usia 19 ini mungkin saya tidak layak untuk membicarakan soal ini kerana ilmu politik serta isu semasa mungkin menjadi kelemahan saya malah kematangan saya juga tidak mustahil akan dipersoal. Tapi pada pandangan saya, saya juga terdiri daripada rakyat Malaysia yang berhak menyuarakan pendapat.

Antara isu berbangkit ialah :
  • Memansuhkan PTPTN
  • Kerajaan memberikan pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia
Setahu saya, mereka yang memohon pinjaman PTPTN terdiri daripada mereka yang kurang mampu untuk membiayai pengajian masing-masing lalu bersetuju kepada terma dan syarat yang ditetapkan pihak PTPTN. Bayaran balik akan mula terlaksana dengan gaji pekerjaan mereka kelak. Apa yang merunsingkan saya adalah bilangan mereka yang enggan untuk membayar kembali pinjaman yang telah mereka lakukan. Mungkin lebih jelas sekiranya saya mengatakan mereka enggan membayar hutang mereka sendiri.


Apa yang lebih menggelikan hati saya adalah apabila ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas perjuangan 'demi anak bangsa' ini.


Hutang tetap hutang.


Sekiranya berlaku pemansuhan PTPTN sekalipun bukankah telah menjadi tanggungjawab kita untuk melangsaikan pinjaman kita daripada PTPTN?
Bertuah bagi mereka yang bakal menjejakkan kaki ke alam universiti tapi bukan kita yang masih dalam proses membayar kembali pinjaman PTPTN :)


Pendidikan Percuma


Bukan bidang saya untuk berhujah tentang perkara ini tapi tidak rugi sekiranya anda meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini serta petikan dalam laman web ini.


Sekiranya dipertimbangkan kembali menggunakan akal fikiran yang waras tanpa dipengaruhi mana-mana hujah mahupun pengaruh parti politik, mana mungkin kita sebagai bangsa yang bijaksana masa kini akan memperlakukan sebegini rupa.


Maafkan saya atas ceteknya ilmu saya terhadap isu semasa di negara kita ini tetapi inilah pandangan saya terhadap apa yang berlaku.


Kita sebenarnya jauh lebih baik daripada ini. Sekian.



No comments:

Post a Comment